Buletin Penuh

UPSI kejar empat pingat di Gelangang Petanque

UPSI kejar empat pingat di Gelangang Petanque

Oleh: Tham Jia Yi 

SERDANG, 17 September - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyasarkan sekurang-kurangnya empat pingat pada temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) yang ke-44 di gelangang Petanque UPM yang akan bermula esok.

Pengurus pasukan petanque UPSI, Encik Zulkiffli Ambia berkata pasukan mereka telah mempunyai persiapan yang rapi untuk berhadapan dengan pesaing-pesaingnya  yang akan bermula esok. 

“Kebanyakkan atlet kami merupakan atlet yang baharu dalam acara petanque ini. Secara jujurnya kami menyasarkan sekurang-kurangnya empat pingat tetapi kalau mendapat pingat yang lebih itu rezeki bagi kami kerana kami telah menjalani latihan yang secukupnya dan atlet kami telah bersedia untuk menghadapi semua perlawanan yang akan diadakan esok.”

‘‘Pihak kami juga tidak ingin meletakkan atlet kami dalam keadaan yang tertekan dan hanya perlu mempamerkan aksi yang terbaik sepanjang perlawanan berlangsung dan dijangka akan menjadi perlawanan yang sengit kepada semua pemain. Selain itu, pihak kami berharap para atlet kami dapat mengambil pengalaman yang baik sepanjang perlawanan ini.” katanya ketika ditemui sedang menjalani latihan rasmi disini hari ini.

Acara petanque akan dimulakan dengan kategori perseorangan wanita senior bermula esok pada jam 8.00 pagi. Acara petanque akan diteruskan pula dengan perseorangan wanita veteran pada hari yang seterusnya. 

Sebanyak 28 pingat dipertandingkan bagi acara ini yang berlangsung selama tujuh (7) hari dengan tujuh (7) kategori.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal