Buletin Penuh

CUACA DI STADIUM HOKI KUALA LUMPUR TIDAK MEMUTUSKAN SEMANGAT PEMAIN SUKUM 2022

CUACA DI STADIUM HOKI KUALA LUMPUR TIDAK MEMUTUSKAN SEMANGAT PEMAIN SUKUM 2022

Oleh: Shaikh Mustafa

Kuala Lumpur, 20 September - Dua perlawanan peringkat pasukan kumpulan A dan kumpulan C berakhir dengan pelbagai reaksi. Skuad hoki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menundukkan skuad hoki Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dengan mata 1-0 manakala skuad hoki Universiti Teknikal Melaka (UTeM) berjaya bangkit dari kekalahan semalam dengan mengalahkan skuad Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan mata 2-0.

Mohd Rashidi Ab Ghani, pengurus pasukan UKM berkata "harapan pasukan UKM kali ini adalah untuk bermain sehingga peringkat akhir".

Gol pertama UKM dalam minit ke-5 melalui short corner dan di skor oleh Mohd Farihan Hussin bejersi nombor 7. Dalam suku kedua, UKM telah mendapat dua green card melalui pemain nombor 19, Shahrul Nazli Ismail dan Muhammad Imran Abdul Latif pada minit ke 25 dan minit ke 29.

Jurulatih UTHM, Mohd Najip Yaakup berkata pula "sasaran pada saingan ini adalah untuk bertanding hingga peringkat separuh akhir. Kami telah melakukan persediaan dua bulan awal sebelum SUKUM bermula untuk mempersiapkan pemain".

Serangan berbalas dilakukan oleh skuad hoki UTHM dengan bantuan cuaca yang semakin redup, namun beberapa cubaan ke arah gawang gagal mengena ke sasaran.

Permainan saingan kumpulan A berakhir dengan 1-0.

Perlawanan kedua saingan kumpulan C bermula dalam keadaan hujan renyai beberapa minit sebelum wisel mula ditiup. Meskipun begitu, kedua pasukan mempamerkan permainan bertenaga dan fast pace. Taktikal pasukan juga jelas kelihatan menerusi hantaran-hantaran yang dapat diterima dengan baik oleh kedua pasukan UiTM dan UTeM.

Pasukan UiTM yang dibarisi lebih ramai pemain muda belum mampu mengalahkan semangat pasukan UTeM terbukti pada suku ketiga perlawanan. Pada minit ke 32, pemain bejersi nombor 11, Farudin Hanif berjaya meledakkan gol padang disusuli gol kedua pada minit ke 35 melalui Muhamad Khairul Mohamad Noor berjersi 7 yang menyempurnakan hantaran cross dari Hazriq Izzuan Jaafar bejersi 13.

Beberapa cubaan lagi dari skuad hoki UITM pada suku keempat namun akur dengan mata 2-0 sehingga wisel penamat dibunyikan. "Kita chill dan enjoy dulu untuk perlawanan ni", kata Abu Zaireen Abu Hassan memberikan semangat pada pasukan yang dibimbing.

Perlawanan saingan kumpulan untuk UITM seterusnya adalah esok menentang UPM pada pukul 5 petang.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal