Buletin Penuh

Semangat membara UniMAP hadapi SUKUM 2022.

Semangat membara UniMAP hadapi SUKUM 2022.

Oleh Assharaff Khan

KAJANG, 18 Sept - Hari ini adalah hari pertama pembukaan gelanggang bola tampar kategori lelaki yang telah menyaksikan sebanyak 12 pasukan dipertemukan dalam acara bola tampar kategori lelaki di Komples Semarak INSPEN Bangi yang bermula pada jam 2 petang bagi temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022.

Pasukan bola tampar lelaki UniMAP telah berjaya menewaskan lawannya pada perlawanan pertama mereka menentang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan skor 25-15 untuk kedua-dua pusingan dengan catatan masa hanya 49 minit bagi menumpaskan pihak lawan.

“Permainan tadi nampak agresif kerana kami target untuk memecut pada awal perlawanan untuk memastikan tenaga digunakan sebaiknya. Maklumlah yang bermain itu di peringkat veteran. Nak bertahan lama dalam gelanggang agak sukar.

“Kami hanya menyasarkan semi final sahaja. Namun, kami tetap akan buat yang terbaik dan ‘enjoy’ ketika bermain itu sahaja. Menang kalah adat permainan.” kata pengurus pasukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Mohd Shahrul Annuar ketika ditemubual di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.

Beliau juga mejadikan SUKUM kali ini sebagai medium pertemuan kembali dengan rakan seperjuangan selepas sukan staf dianjurkan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada tahun 2018.

Pada masa yang sama, pasukan tumpuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menewaskan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam perlawanan yang agak sengit di gelanggang A Komples Semarak INSPEN Bangi dengan mata 25-23 dan 25-10.

Pada sesi seterusnya, kemenangan buat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila mereka berjaya menewaskan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan mata 25-21 dan 25-13 di gelanggang A manakala di gelanggang B, pasukan bola tampar lelaki Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berjaya menundukkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan mata 25-18 dan 26-24.

Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mengalahkan Universiti Teknologi MARA (UITM) dengan mata 25-17 dan 25-22 yang sungguh hangat di gelanggang A manakala Univeriti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menewaskan Univeriti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang berlangsung sebanyak 3 set permainan dengan mata 22-25, 25-7, dan 15-6 sebagai penutup tirai acara bola tampar kategori lelaki pada hari pertama perlawanan.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal