Buletin Penuh

LAPAN PASUKAN ACARA BADMINTON WANITA MARA KE SUKU AKHIR DIUMUMKAN

LAPAN PASUKAN ACARA BADMINTON WANITA MARA KE SUKU AKHIR DIUMUMKAN

Oleh Tan Sher Kee

BANGI, 20 Sept – Senarai pasukan yang mara suku akhir acara badminton perempuan telah diumumkan pada hari ini. Enam universiti berjaya mengikuti jejak UUM dan UniMAP yang telah melangkah ke suku akhir dalam perlawanan semalam.

Johan bagi empat kumpulan merupakan UUM, UniMAP, UMT dan UTM manakala naib johan ialah UiTM, UKM, UPM dan KPT.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menewaskan Universiti Malaya (UM) dalam saingan Kumpulan A dengan mata penuh iaitu 3-0 dalam perlawanan hari ini. Kedua-dua pasukan ini masih belum mengumpul mata perlawanan dalam perlawanan sebelumnya, jadi perlawanan hari ini adalah amat penting dan mereka telah melakukan yang terbaik untuk mendapat tiket mara suku akhir.  

Sebagai tambahan, tuan rumah SUKUM Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berhadapan pihak lawan yang kuat iaitu Universiti Malaysia Teknologi (UMT) dalam perlawanan hari yang ketiga. Walaupun UPM tewas kepada UMT dalam perlawanan hari ini, kedua-dua pasukan masih bersama-sama mara ke suku akhir atas prestasi cemerlang mereka dalam perlawanan sebelumnya. 

Dalam saingan Kumpulan D, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersaing untuk mendapatkan kuota yang terakhir untuk mara suku akhir. Akhirnya, perempuan beregu UTM berjaya memenangi perlawanan terpenting yang memutuskan takdir mereka dengan straight set 21-8 dan 21-15 dalam masa 25 minit, menjadi pasukan terakhir yang mara dalam peringkat kumpulan perempuan.

Jadual perlawanan bagi suku akhir pada hari esok akan ditentukan dengan kaedah undian pada malam ini di Akademik Sukan, UPM. Suku akhir acara badminton perempuan akan bermula pada 21 September jam 11 pagi di UpTown Sport, Bangi.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal