Buletin Penuh

EMAS BUAT UPNM DAN UniMAP DALAM ACARA PERSEORANGAN TENPIN BOLING

EMAS BUAT UPNM DAN UniMAP DALAM ACARA PERSEORANGAN TENPIN BOLING

Oleh Syaida Farhanah

PUTRAJAYA ,19 Sept - Pemain boling perseorangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Norhelmi Azizan dan Mohd Aiman Faris Mahidi mewakili Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih pingat emas dalam acara perseorangan wanita danlelaki yang dipertandingkan bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Pada hari kejohanan itu, Norhelmi Azizan berjaya memungut pingat emas setelah berjaya menumpaskan pemain tuan rumah Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam acara perseorangan wanita dengan mencatat keseluruhan skor 1116.

Persaingan acara perseorangan wanita menjadi lebih sengit apabila pemain dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Zurainy Mohd Shariff kalah tipis dengan pemain dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Engku Azni Jantan dengan perbezaan sebanyak 11 jumlah skor dalam menentukan kedudukan tempat kedua dan ketiga.

Selain itu, wakil dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Mohd Aiman Faris Mahidi dan Ruzy Shah Ghazali menunjukkan prestasi yang baik lalu berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara perseorangan lelaki dengan jumlah skor yang tertinggi iaitu 1243 dan 1233.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal