Buletin Penuh

Tuan rumah tempah tempat ke separuh akhir

Tuan rumah tempah tempat ke separuh akhir

Oleh : Nur Hidayah Binti Abdul Jamil

SERDANG , 21 SEPTEMBER - Pasukan pingpong Universiti Putra Malaysia (UPM) menempah tempat ke separuh akhir pingpong bagi kategori berpasukan campuran SUKUM 2022 selepas mengalahkan pasukan pingpong Universiti Malaysia Terengganu  (UMT) di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Dewan Putra 2 itu, pasukan pingpong UPM menepati jangkaan apabila tidak mengalami kesukaran untuk melakar kemenangan  ke atas UMT dengan keputusan 3-0.
Kelmarin, pasukan pingpong UPM berjaya menewaskan Universiti Malaysia Pahang (UMP) 5-0 dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3-2.

“Perlawanan pagi ini adalah harapan untuk pasukan UPM menang untuk ke separuh akhir sebab selepas buat undian malam semalam kami mengharapkan untuk bertanding dengan UMT dan alhamdulillah kami telah melepasi satu peringkat lagi dan kami akan cuba mengekalkan momentum seperti perlawanan separuh akhir pada petang ini” kata Mohamad Azwar Bin Bakar @ Ibrahim (35) wakil pasukan UPM.

“Cabaran yang dihadapi oleh pasukan UPM adalah daripada kekuatan tersendiri daripada setiap Universiti ,jadinya kesefahaman dan teamwork adalah perkara yang sangat penting dalam mengekalkan momentum kami”
Pasukan UM, UPM, USM dan IIUM akan mara ke pusingan separuh akhir untuk penentuan akhir petang ini.
 
 
Keputusan :
UPM – UMT : 3-0
USM – UiTM : 3-0
IIUM – UPSI : 3-1
UM – UKM : 3-1

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal