Buletin Penuh

UMT menempah tempat ke separuh akhir

UMT menempah tempat ke separuh akhir

Oleh: Siti Khadijah Mohd Hanafi

BANGI, 19 Sept – Pasukan bola jaring Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menempah tempat ke separuh akhir bola jaring SUKUM 2022 selepas mengalahkan pasukan bola jaring Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di UNITEN hari ini. 

Perlawanan yang berlangsung di Sports Arena itu, skuad bola jaring UMT menepati jangkaan apabila tidak mengalami kesukaran untuk melakar kemenangan  ke atas UTeM dengan keputusan 30-15

Kelmarin, skuad bola jaring UMT berjaya menewaskan Universiti Malaya (UM) 24-12 dan Universiti Pertahanan Malaysia 38-17.

“Kami berasa gembira dan pasukan kami majoriti terdiri daripada golongan veteran. Jadi berbaloi dengan usaha yang telah kami curahkan serta perjalanan kami merantau jauh demi meraih tempat ke separuh akhir”, kata Siti Farah Mohd Ridhwan,  pemain bola jaring UMT. 

“Kami juga merasa amat bersyukur dengan pencapaian kami dan kami yakin dapat memenangi separuh akhir nanti.” 

Pasukan UKM, UMT, UiTM dan UPM akan mara ke pusingan separuh akhir untuk penentuan ranking petang ini. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal