Buletin Penuh

UPM membuka tirai SUKUM-44 2022 dengan semangat kekeluargaan IPT

UPM membuka tirai SUKUM-44 2022 dengan semangat kekeluargaan IPT

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

SERDANG, 17 Sept - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka tirai secara rasmi sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM hari ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian dengan gimik perasmian pencahayaan, persembahan kebudayaan dan tayangan montaj video perasmian SUKUM 2022.

Dato' Dr. Megat Sany berharap agar semua atlet yang bertanding mempamerkan disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi.

"Perkara yang lebih penting tidak melihat kejohanan ini dari perspektif menang dan kalah semata-mata sebaliknya lebih menghargai kejohanan ini sebagai wadah menyemarakkan budaya sukan," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin yang mewakili Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata kejohanan ini sangat bermakna memandangkan pertama kali diadakan semula selepas pandemik COVID-19.

"Kejohanan SUKUM kali ini melibatkan penyertaan 21 kontingen dari universiti awam (UA) dan KPT dengan menyaksikan hampir 4,000 orang atlet dan pengurus pasukan serta petugas yang terlibat selama lapan hari.

"Acara sukan merupakan titik penyatuan antara kita semua. Kita bertanding dan berkumpul di sini dengan semangat kesukanan dan yang paling penting ialah semangat kekeluargaan IPT yang kukuh," katanya.

Pada hari pertama kejohanan terdapat dua acara sukan yang baharu diperkenalkan dalam SUKUM telah dipertandingan iaitu footgolf dan berbasikal bukit (MTB). -UPM 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal