Buletin Penuh

UMT dan UTM kutip mata penuh acara badminton wanita

UMT dan UTM kutip mata penuh acara badminton wanita

Oleh Tan Sher Kee

BANGI, 18 Sept – UMT mengutip mata penuh acara Badminton Wanita yang berlangsung di Uptown Sports dalam pusingan pertama peringkat kumpulan hari ini bersama UTM yang menewaskan USIM 3-0.  

UMT menarik nafas lega apabila berjaya mengutip 3 mata penuh setelah menewaskan UTeM diperingkat kumpulan acara Badminton Wanita hari ini. Kem UMT mempunyai kelebihan 3 mata penuh bersama UTM di peringkat kumpulan bagi meneruskan cabaran pusingan seterusnya yang dijadualkan sehingga Selasa ini.

Pemain perseorangan wanita UMT yang juga merupakan pengurus pasukan UMT, Cik Norsuhaiza Binti Talib telah menyertai acara ini sebanyak 6 kali dalam temasya SUKUM. Menurut beliau, acara badminton tidak boleh tergesa-gesa untuk menamatkan permainan, dan pemain perlu mengelakkan ketegangan semasa dalam gelanggang.

Sementara itu, pasukan UUM hanya berpuas hati dengan keputusan menang tipis apabila menewaskan pasukan UiTM dengan mata 2-1 di peringkat kumpulan hari ini. 

Perseorangan Wanita UUM, Cik Nur Aiffa Binti Tajeri berkata beliau agak gementar dalam perlawanan pertama hari ini berjaya menyumbang 1 mata buat kem UUM dengan menang straight set 21-13 dan 21-14 hanya dengan masa selama 20 minit. Beliau merupakan Johan Perseorangan Wanita bagi edisi SUKUM ke 43. 

Keputusan penuh perlawanan Badminton Wanita UPM menewaskan UMS 2-1, KPT menewaskan UPSI 2-1 dan UKM menangkan UniMAP 1-2. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal