Buletin Penuh

UPSI menempatkan diri mara ke suku akhir petanque perseorangan wanita

UPSI menempatkan diri mara ke suku akhir petanque perseorangan wanita

Oleh: Tham Jia Yi 

SERDANG, 21 September - Nor Suzana Binti Abd Rahim wakil dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi johan dalam kumpulan D dengan mendapat 9 mata kemenangan. Beliau menewaskan Maizatul Akmam Binti Abas @ Abdul Hamid (13-8) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Sharipah Salmah Mohd Yusoff (13-1) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Roshila Binti Hamzah @Mohamed (13-4) dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Seterusnya, johan dan naib johan dalam kumpulan A iaitu Nor Aini Binti Sulong dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Sumariamah BT. Mohd Radzi dari Universiti Sains Malaysia (USM). 

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) yang diwakili oleh Noor Hasmy Binti Md Yunos naib johan dalam kumpulan B. Masri Binti Awaludin dari Universiti Teknikal Melaka (UTeM) pemenang trio wanita menjadi johan dalam kumpulan B.

Dalam kumpulan C, Prof. Madya Ts Dr Sarifah  Fauziah Syed Draman wakil Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi johan manakala Noorfadilah Mohd Mujiano dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi naib johan yang mara ke suku akhir.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal