Butiran Aktiviti

UPM JUARA KESELURUHAN KALI KETIGA SUKIPT 2022

Universiti Putra Malaysia (UPM) buat kali ketiga meraih takhta juara keseluruhan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bermula 12 hingga 21 Ogos, hari ini.

Kejayaan meraih 38 emas, 19 perak dan 20 gangsa membolehkan UPM menjadi juara bertahan keseluruhan SUKIPT mengulangi kejayaan yang sama pada 2012 dan 2018.

Dalam pada itu, UPM turut melakar kemanisan apabila pasukan Ragbi lelaki meraih anugerah pasukan lelaki terbaik keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan piala pusingan.

Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato Dr. Mohd Roslan Sulaiman bersyukur apabila UPM dinobatkan sebagai johan keseluruhan SUKIPT 2022.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal